Quit Blogging | Terlanjur Mencintaimu...





assalammualaikum semuaaaa. ^^,)





aku nak mintak maaf sebab aku rasa dah dua hari aku tak update blog nie.. aku rasa aku nak berhenti sekejap lahh dari berblogging nie.. lagi pown aku blogging bukan mende yang berfaedah pown.. kekadang je.. haha. siyes sekarang aku malas gila nak taip entry baru.. memang pemalas gila kan aku nie.. biar lahh korang nak cakap aku malas ke hape ke.. aku tak kesah pown.. lagi pown aku memang mengaku aku nie pemalas.. HAHA. ^^,)


SEBAB utama aku Tak Nak berblogging adalah aku nak baca Novel.. aku dah jatuh cinta kembali untuk membaca Novel... aku ada baca Dialog Best dalam Novel nie.. bukan Best je.. tapi Dialog nie betul betul Romantik.. itu adalah penyebab utama kenapa aku minat Novel yang satu nie.. memang BEST gila weyhhh... memang MANTAP sesangat gaya penulisan dia sampai aku jatuh cinta untuk kembali membaca Novel.. seronok sangat-sangat... ^_^


kalau korang tak percaya , meh lahh baca Dialog Novel Terlanjur Mencintaimu kat bawah nie....






Dialog 1

"Okeylah. Kalau abang bebel-bebel, penat lah letih lah... siap abang!"

"Eleh.. paling kuat Ika cubit abang saja. Okaylah, abang tak mahu ganggu Ika. Sedap air kopinya, sayang. Terima kasih. Kalau tiap-tiap pagi ada air kopi macam ni, pun best! Abang nak pergi jalan-jalan kat pejabat ni kejap, nak berkenal-kenalan."

"Sama-sama kasih sayang!"

"Eh mana boleh ambil ayat abang."
Tengku Hanis tergelak. "Banyaklah ayat awak..." ‘Alamak! Tersasul! Macam mana boleh terkeluar, orang nak cakap dalam hati saja!’

"Hah! Awak yer.. satu! Tinggal lagi 2 peluang." Johan menunjukkan 2 jarinya kepada Tengku Hanis.

"Arr.. terlepas! Tarik balik.. tarik balik!"

"Mana boleh. Tak acilah. Hari tu kalau tak tarik tinggal lagi satu peluang. Boleh ehem.. ehem.." usik Johan.

"Dalam mimpilah!"
Johan ketawa sehingga luar kedengaran. Tengku Hanis geram! Dia memukul-mukul mulutnya...

---------------
Dialog 2

"Buat apa kat sini?" ujar mereka serentak.
Mereka berdua tergelak.

"Er.. er.. Ika nak turun bawah, nak minum. Abang nak air ke?" ujar Tengku Hanis cover line. Dia sebenarnya malu tak terkira! ‘Kalaulah Johan tahu sebenarnya aku mundar mandir di depan bilik Johan sebab tak boleh tidur kerana Johan, manalah nak letak muka cantik aku ni?’

"Hah.. abang memang dahaga juga ni. Itu sebab abang keluar ni." ‘Isk... kenapa Ika kat luar ni pula? Aku baru sengaja hendak menjenguk dia, dia dah keluar pula!’ Johan menepuk dahinya.

"Ika pergi dapur dululah."

"Abang teman Ikalah..."

"Ika tak boleh tidur, mungkin tempat baru kot."

"Betul, abang pun!"

"Mungkin dah minum, baru boleh tidur kot."

"Mungkin juga." Ujar Johan tersenyum. ‘Kalau Ika kata abang, meh tidur dengan Ika, sure abang tak tolak punya sayang!’ ujar Johan dalam hati.

"Ya lah..." ‘Kalau abang kata, meh tidur dengan abang, paling kurang Ika akan cakap mengada, tapi lepas tu Ika follow abang saja! Takkan Ika nak cakap dulu pula... Hari tu tak mahu, sekarang mahu! Malulah...’ ujar Tengku Hanis di dalam hati.

--------------------
Dialog 3

"Abang pun ada sesuatu untuk Ika." Johan melepaskan pelukannya. Di ambil sesuatu di dalam poket bajunya.

"Tadikan abang dah bagi Ika bunga? Ada lagi?"

"Buat isteriku!"
Mula-mula Tengku Hanis membuka kad kecil itu. Dia membacanya perlahan.
The greatest love is just to love and be love in return. Suamimu – Johan Iskandar.
Tanpa disedari air matanya menitis. ‘To be love in return? Bila? Sampai bila aku mesti jadi seperti ini?’

"Orang bagi dia hadiah, dia memangis pula. Cengeng!" Johan menyeka air mata isterinya. Tengku Hanis tersenyum. ‘Mengapa suami sebaik ini, balasan cintanya lewat sekali!’
Bungkusan hadiah kecil di buka. Bracelet emas putih dengan corak dua hati, sangat cantik.

"Ini hati abang, ini hati Ika. Suka tak?"

"Suka. Kalau tiap-tiap bulan macam ni..."

"Bankrupt lah abang!" sambung Johan.

-------------------
Dialog 4

"Ini mesti nak mengusik abang kan? Muka jahat tu.. abang tahu!" Johan meletakkan tangannya ke bahu Tengku Hanis.
Tengku Hanis tergelak-gelak.

"Itulah Cik Intan yang memikat hati Encik Johan selama ni ya."

"Salahlah... Cik Intan yang terpikat dengan Encik Johan!"

"Perasaan lah abang ni! Manis orangnya..."

"Memanglah, taste suami Ika ni semua yang hebat-hebat! Tengok oranglah..." Johan mendabik dada.

"Apa perasaan bila abang terjumpa dengan dia? Jawab betul-betul, tak mau main-main" tanya Tengku Hanis serius.

"Seronok."

"Hah! Seronok?" Tengku Hanis memukul peha Johan. Johan mengaduh sakit.

"Ye lah seronoklah jumpa kawan lama. Takkan nak menangis pula macam orang tu!" Johan mengusik isterinya.




Dekat bawah nie adalah Sinopsis Novel Terlanjur Mencintaimu... =)


Sinopsis :

Johan Iskandar mempunyai dua sebab mengapa dia terpaksa mengahwini Tengku Hanis Zulaikha. Satu, sebab wasiat Tok Din, satu lagi sebab Izhar, ayahnya. Tercetus satu perasaan di antara dia dan Tengku Hanis. Sudah terlanjur mencintai isteri paksaannya, apakah Tengku Hanis menerima Johan setelah mendapat tahu sebab utama Johan mengahwininya?

Johan Iskandar : "Tahu tak kenapa perasaan itu tidak ada? Kerana Johan Iskandar sudah jatuh cinta dengan Tengku Hanis Zulaikha, tak ada... dan tak akan ada wanita lain di hati Johan Iskandar selain Tengku Hanis Zulaikha!"

Tengku Hanis terpaksa menerima keputusan wasiat itu kerana takut keluarganya merempat. Dia mulanya tidak mencintai Johan disebabkan rasa takut yang mendalam, takut ditinggalkan. Tetapi di dalam diam, dia sudah terlanjur mencintai Johan. Adakah Tengku Hanis akan rela membuka sepenuh pintu hatinya kepada Johan Iskandar?

Tengku Hanis Zulaikha : "Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu!"

Wasiat Tok Din mempunyai 'due-date', adakah kedua-dua mereka berjaya memenuhi wasiat itu sebelum tamat tempohnya?





SEE ?



Sangat membuatkan hati aku teruja nak membaca taw bila aku baca dia punya dialog.. siyesli aku suka sesangat.. aku nie memang pantang kalau baca yang romantik romantik nie... haha. ermm okay tue je aku nak cakap actually.. tapi kalau aku rajen , aku akan update blog nie dengan hati riang ria dan tiada paksaan.. kalau korang boring dengan blog aku , sila lahh ke blog yang laen okayy. tapi jangan terus tak datang blog nie.. tawtawtaw. ^^,)


byebye.

3 comments:

sukahati kening la pintal2 kening~ said...

wah..best ni..nak cari lah buku ni=)

Cik Tqah said...

cmbest.. nk kene pegi cr jugak..huuu

secret name said...

aq pon cair klo bce novel yg romantis2 nie..ble aq bce novel je...aq bygkn kt novel 2 adelah aq.....wow...bestnye...hidup klo ikut criter kt novel2 nie.....huhuhuh..tp,tulah..rmai lelaki zaman skg yg romantik......klo nk romantik pon,msti ade sesuatu yg dye nk.....